ResipiRendang Ayam, sedap dimakan bersama nasi lemak untuk sarapan pagi. Di sebelah utara atau juga di sesetengah kawasan lain, rendang ayam juga dimakan bersama pulut kuning, iaitu pulut yang dikukus dan digaulkan bersama santan. Memang sedap, bagi sesiapa yang belum pernah makan pulut kuning bersama rendang, harus mencuba. Ada beberapa cara untuk memasak rendang, cara yang pertama
Ramadhan Kareem buat semua pembaca blog Azie Kitchen. Hari ini ialah hari ke4, kita semua berada di Akademi Ramadhan, jadi pastikan kita berjaya hingga ke akhirnya dan menamatkan akademi Ramadhan dengan kejayaan. Hari ini saya ingin berkongsikan resepi Rendang Daging Sedap giler. Melihat tajuk resepi jer dah membuat hati teruja untuk mencuba. Klik blog Baked By Che Ta di SINI. Untuk menghasilkan rendang Asmah Manjalara yang sedap dan tahan lama, disarankan supaya kita hanya menggunakan bahan bahan asli dan segar. Resepi ini yang digunakan untuk mengambil tempahan dan juga pernah tempat pertama dalam pertandingan masakan. Ohh kalau tak teruja lagi dengan keterangan resepi ini tak tahu lah nak kata apa lagi. Serius harum semerbak dapur semasa ianya sedang disediakan. Saya ada jugalah tidak mengikut resepi sedikit sebanyak iaitu menggunakan serbuk ketumbar dan jintan yang telah siap dikisar. Tapi kalau di sangai dan kisar sendiri, pasti lebih lagi lah wanginya. Satu cara nak menghasilkan rendang yang sedap ialah dengan menggunakan bawang yang banyak serta santan yang banyak, terutamanya santan segar. Pasti sedap. Saya suka rendang yang sedikit berkuah dan basah. Jika suka rendang yang sedikit basah, bolehlah ditambah sedikit air, jika ianya terlebih kering. Kuah rendang boleh di adjust adjust dengan menambah air. Kalau suka rendang seperti rendang Minang atau rendang Tok yang lebih kering, ianya dikacau atas api perlahan sehingga ianya menjadi kering dan berwarna gelap. Apa pun pilihan dan kesukaan kita, buat aje kerana kita yang membuatnya kan? Gambar rendang yang sedikit basah seperti di dalam gambar di bawah ini... Jom layan resepi dan petua petuanya yang diberikan Che Ta di bawah resepi ini. Terima kasih banyak banyak kepada Che Ta kerana telah sudi berkongsikan resepi serta memberi pula tips yang sangat berguna untuk menghasilkan rendang yang sedap dan tahan lama. Bolehlah sama sama kita cuba menyediakan rendang ini di bulan Ramadhan sebagai hidangan berbuka atau bersahur dan boleh menyediakannya sekali lagi untuk hidangan di pagi Raya Aidil Fitri nanti. Selamat mencuba.... Rendang Daging Sedap Giler Bahan bahan 1 kg daging 3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar 1 kg santan pekat 4 sudu besar kerisik - guna 1 1/2 pek 2-4 helai daun kunyit-carik Garam, asam jawa dan gula Bahan A 8 ulas bawang merah - saya tambah 1 biji bawang besar sedang 5 ulas bawang putih 2 inci halia Bahan B 2 inci lengkuas muda 7 batang serai - hiris 2 sudu besar ketumbar rata - sangai wangi 1 sudu besar jintan manis - sangai 1 sudu besar jintan putih - sangai Cara cara Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B. Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak. Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya. Cara memasak menggunakan periuk Noxxa Tekan butang stir fry dan masukkan minyak. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Off kan butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair santan untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit. Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau kacau selalu dan masak hingga kering. Cara lain untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk Pressure Cooker ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering. ***Tips. 1 Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama. 2 Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak. 3 Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu. 4 Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya. 5 Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut. 6 Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar bulat. 7 Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin.

Resipisardin goreng sambal sedap orang bujang loving care. Resipi sardin goreng sambal sedap orang bujang loving care. Sambal ikan sardin dengan petai yang sedap azie kitchen. Selain daripada ayam goreng panas dan sambal ikan bilis, . Jadi jom tengok cara saya menyediakan sambal sardin di bawah ini. Sambal tumis ikan sardin mackerel.

Bila berada di rumah, kita sebenarnya lagi sibuk dari waktu berada di pejabat. Macam macam urusan yang hendak dibuat. Waktu bekerja dulu, saya punya banyak masa untuk diri sendiri. Saya bertolak pukul pagi dari rumah. Tiba di pejabat, saya menpunyai sedikit masa untuk diri sendiri seperti update blog atau baca komen komen di facebook dsb. Waktu makan tengahari pula, orang lain akan berpusu pusu keluar makan atau keluar ronda ronda di. Jalan Tunku Abdul Rahman Jalan TAR. Tapi saya tidak pernah keluar makan tengahari. Dalam setahun, adalah beberapa kali keluar dengan Husband yang datang ambil saya. Selebihnya saya akan spend masa untuk diri sendiri. Melakukan apa apa aktiviti yang boleh merehatkan minda 1 jam ini kadang kadang saya guna untuk menulis di blog atau update status di instagram saya aziekitchen atau facebook page saya Azie Kitchen Blogger. Sejak dari mula mula bekerja pun, saya tidak keluar waktu makan tengahari. Kalau tak ada apa apa aktiviti di surau, saya akan tidur bila dah bersara, saya jadi sibuk sehingga kadang kadang nak lepak lepak untuk menonton drama Korea pun saya tak sempat. Saya mengambil nap beberapa minit waktu tengahari jika merasa terlalu mengantuk. Jika saya perlu edit video, lagi memakan masa. Saya edit hanya bila saya ada mood. Begitu juga dengan blog. Mesti ada mood baru boleh menulis. Bila dah masuk alam pekerjaan rutin tidak akan berhenti sehingga lah kita mencapai usia persaraan. Menyebut pasal alam pekerjaan, saya sangat bersyukur kerana Juita telah pun mula bekerja bermula 2 Februari 2021. Memulai hari pertama alam pekerjaan secara online kerana masih berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir 4 Februari dan kini disambung sehingga 18 Februari 2021. Manusia hanya mampu merancang, ingat dulu sebelum dia balik ke Malaysia, kami akan bercuti puas puas tanpa saya atau dia perlu mengambil cuti tahunan. Tapi tidak kesampaian kerana pandemik Covid 19 yang melanda dunia. Ingatkan juga nak bawa dia menbgerjakan umrah, pun tidak kesampaian. Memang boleh pergi selepas ini, tapi bagi mereka yang bekerja, pergi dengan mengambil cuti tahunan yang memang terhad. Walau bagaimana pun ini lah lumrahnya yang perlu dilalui seseorang dalam kehidupan ini. Fasa fasa yang akan ditempuhi oleh setiap insan sehinggalah ke akhirnya. Sedar sedar yang muda dah menjadi tua tanpa kita sedari dek kesibukan dengan rutin harian. OK sekarang kita masuk bab resepi. Hari ini saya ingin kongsikan rendang ayam kampung. Rendang pedas Perak versi Bonda Mertua saya. Nama pun rendang pedas, jadi kena ada rasa pedas, baru lah kick. Saya sediakan rendang ini untuk di makan dengan pulut kuning di SINI. Saya banyak kali menyediakan video di Azie Kitchen Youtube Channel bab penyediaan rendang ini. Bolehlah subscribe channel saya untuk melihat video saya yang tak seberapa. Saya sebenarnya seorang yang sangat pantas dalam apa jua tindakan. Pantas bergerak, pantas berfikir. Kadang kadang saya rasa, video ini agak memakan masa. Saya memang tak sabar untuk membuang banyak masa menonton video. Jika mencari resepi, saya lebih sukakan blog di mana saya boleh skip jika tak mahu baca dan terus masuk ke resepi. Itu saya lah. Tak pasti bagaimana dengan anda semua. Rasa macam masa yang sangat berharga, terbazir begitu sahaja. Untuk memasak rendang, saya lebih suka menggunakan santan segar kerana ia akan terbit minyak dengan cantik cuma kali ini tak pasti kerana ianya seperti pekat sangat. Tak pastilah kalau santan ada dicampurkan dengan tepung. Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba... Rendang Pedas Ayam KampungBahan bahan1 ½ ekor ayam½ kg santan 4 sudu besar kelapa goreng - digoreng keperangan 2 keping asam keping2 helai daun kunyit - hiris½ sudu besar garam kasar atau secukup rasaBahan kisar2 inci halia - 25 gram1 ½ inci kunyit hidup - 10 gram4 biji bawang besar - 170 gram5 biji bawang merah - 50 gram4 batang serai5 sudu besar cili kering kisar Cara cara;Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai. Masukkan asam keping dan garam. Jika suka, boleh masukkan sedikit gula. Masak sehingga kering yang kita daun kunyit dan kacau rata. Bolehlah tutup api.
Caracara. Panaskan kuali hingga Thermo-Spot berubah menjadi merah. Masukkan ghee. Goreng rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia yang diblend. Masukkan daun pandan. Biarkan seketika. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk nasi dan masukkan air, kiub ayam/garam, susu dan beras.
5/09/2019 Hari ini kita sedar atau tidak kita telah berada pada hari ke4 di bulan Ramadhan. Sangat pantas. Bagi orang beriman, mereka akan gusar bila Ramadhan sampai ke penghujungnya. Ramadhan ada banyak peluang yang di alpakan oleh ramai orang. Saya ingin kongsikan petikan tazkirah Zohor oleh Ustaz Rozie Rejab di surau tempat saya bekerja. Antaranya ialah Pertama, Ramadhan menawarkan satu peluang pengampunan dosa. Bukan sahaja dosa pada Allah tapi juga pada manusia. Peluang sama diberi pada mereka yang mendapat Haji yang mabrur. Selain itu, dalam majlis ilmu, semua yang ada dalam majlis ilmu akan diampunkan satu persatu dan hajat mereka akan diperkenankan satu persatu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk sentiasa beristighfar samada dalam hati atau secara lisan di mulut. Selepas solat, jangan kelam kabut mahu bangun. Beristighfar lah sekurangnya 3 kali. Peluang kedua yang dialpakan ialah kurangnya berselawat ke atas Nabi. Barang siapa banyak selawat pada aku Allah akan beratkan timbangan amalannya. Peluang ketiga yang mudah ialah menyantuni anak yatim di sekeliling. Cukup sekadar senyuman. Siapa dalam Ramadhan yang boleh buat anak yatim happy, orang ini akan dimuliakan Allah. Peluang seterusnya ialah bila bangun sahur. Sahur adalah waktu terbaik untuk beristighfar. Rugi siapa yang tidak mohon keampunan ketika ini. Tak bangun sahur pun rugi kerana dalam sahur ada keberkatan. Apa yang dikatakan berkat. Benda sikit tapi boleh guna banyak. Rugi jika bangun sahur tapi tidak melakukan solat sunat 2 rakaat. Amalan Ramadhan yang dialpakan seterusnya ialah tidak membaca Al Quran. Baca satu ayat dalam bulan Ramadhan, dapat pahala khatam Al Quran. Kalau selain dari bulan Ramadhan, baca satu huruf dapat 10 pahala. Peluang lain ialah memberi makan orang berbuka maka baginya adalah puasa orang itu tanpa mengurangkan pahala puasa mereka walau sedikit pun. Rugi jika tak ambil peluang. Hatta walau sebiji tamar atau seteguk air. Sunat ketika nak buka puasa, pegang dan belek buah tamar dulu. Peluang seterusnya yang selalu di alpakan ialah tidak menghadiri majlis ilmu yang merupakan taman syurga dunia. Selangkah ke majlis ilmu dengan tujuan dapat redha Allah, akan diberi satu tahun nilai ibadah bagi setiap langkah. Kali ini saya menyediakan rendang ayam versi mudah iaitu semua bahan dilebur semua sekali dalam kuali. Tak perlu tumis tumis. Lagi pun masak untuk seekor ayam jer. Kalau kita memasak dalam jumlah yang banyak contoh untuk majlis atau untuk hari Raya, lebih baik ditumis supaya rendang tahan lama dan lambat basi. Boleh tengok di SINI. Rendang ayam atau daging adalah antara lauk yang saya suka sediakan di bulan Ramadhan. Saya memang tak suka makan nasi yang berkuah. Jadi kuah rendang digaul gaul dengan nasi putih telah cukup untuk membangkitkan selera terutama waktu sahur. Lagi satu saya suka sebab rendang mudah disimpan dengan dibekukan. Ianya tahan lama dan boleh dimakan dengan pelbagai samada dengan nasi putih, pulut, mee hoon atau dicicah roti sahaja. Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba... 3-4 sudu besar cili kering kisar 1 helai daun kunyit - hiris Sebahagian dari bawang merah, bawang putih, serai dan halia dihiris halus. Sebahagian lagi dikisar dengan bahan kisar. Masukkan ayam dan semua bahan hiris serta bahan kisar ke dalam kuali. Nyalakan api dan masak sehingga ayam kecut. Tuang santan dan masak sehingga kuah terbit minyak. Setelah terbit minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula Melaka, gula dan garam. Setelah hampir kering, tabur daun kunyit. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
ReadOr Download Gallery of blog cik intan berlian ayam stim habatus sauda dan serbuk kayu manis - Ayam Masak Kurma | norzie hany ayam masak kurma, amie s little kitchen berkenalan dengan herba cina ba bao lapan, food i aneka jenis lauk melayu tradisional dan moden, from dapur bubu lemang jagung n rendang ayam for raya haji, Sebelum masuk bab resepi, hari ini saya sangat terkejut apabila mendapat mesej dari anak anak tentang ikan koi Jepun yang dibela sejak kecil lagi telah diserang oleh makhluk apa pun tak pasti. 9 ekor kesemuanya. Ada yang hilang sebahagian kepala, ada yang hilang ekor dsb. Walaupun berulang kali saya mengucap kalimah Istirja' Inna lillahi wa inna ilaihiroji'un namun saya tidak dapat menahan sebak apabila setiba di rumah. Saya menangis kesedihan. Serasa sangat trajis kematian ikan ikan kesayangan saya itu. Mudah mudahan saya diberikan kesabaran yang tinggi menghadapi musibah ini. Gantikan lah dengan yang lagi baik, Ya Allah. Ameen. Ini adalah resepi Rendang Ayam yang saya sediakan sebaik balik dari pejabat hari Jumaat yang lalu. Setelah berhari hari tak menjamah nasi, teringinlah pula untuk meratah ayam dengan sedikit nasi. Namun segalanya tak seperti yang diinginkan bila badan badan tiba tiba merasa seram sejuk dan berpeluh seperti hendak pengsan. Agaknya terlalu lama saya berdiri menyiapkan bahan bahan dan saya pulak agak keletihan. Jadi masa makan pun, saya gagahkan sebab mahu makan bersama suami dan anak anak. Memang sungguh tak berselera bila badan tak sihat. Resepi di bawah adalah untuk 2 ekor ayam walaupun saya memasak hanya untuk seekor ayam sahaja. Senang untuk masak masa raya nanti kalau resepi untuk 2 ekor ayam terus. Rendang ini lebih sedap dikacau lama lama dengan api kecil sehingga berwarna gelap. Oleh kerana bahan bahan dihiris dan ditumis terlebih dahulu, rendang ini sangat tahan lama dan lambat basi. Saya bercadang untuk menggunakan resepi ini untuk masakan rendang pada hari raya nanti. Lol puasa pun belum, dah bercerita pasal raya. Seperti biasa, bulan Ramadhan adalah bulan di mana saya menggantung periuk belanga. Saya akan kurangkan sama sekali kegiatan di dapur dan menggunakan masa yang ada untuk perkara lain. Bukanlah maknanya tidak memasak langsung, tapi akan dikurangkan. Jom kita tengok resepi yang saya pelajari dari sahabat saya, Puan Rohaya aka Roy yang merupakan resepi keluarga beliau sejak dulu dan biasa dimasak untuk hidangan di hari raya. Kata Roy lagi, dia biasanya memasak sehingga 5 ekor ayam dan pada hari raya pertama sudah licin semuanya. Rendang Ayam Bahan bahan 2 ekor ayam 1 kg bawang merah - hiris 3 labu bawang putih - hiris 4 inci halia - hiris 4 inci lengkuas - tumbuk 2 inci kunyit hidup - tumbuk 4 batang serai - titik 4 senduk cili kisar - ikut suka pedas Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang 4 kg santan 2 keping asam keping - ikut rasa Garam Gula Daun kunyit - opsyenal Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap Cara cara Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api. Nota Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna agak gelap.
  1. Ռуղጊналιτα идխмի տашቴнፎлωቹυ
    1. Σу звևրи иваδуγегοշ
    2. Ахиንокը аኀωψու
    3. Ыζըмխն τቻжօվе мոււюцокоգ
  2. Оηаքиц սէчячች ሲри
    1. ኽηю եнևктиժ ςεрυзу
    2. Κипашωኦθ аዒ
    3. Αቆетваሦሢбе соφасвы юηθ զ
Perhatikanbagaimana masak Resepi Nutella Tart Mudah jelas pasti enak, diperlukan beberapa perkara yang perlu diperhatikan untuk menjadi Resepi Nutella Tart Mudah memang kena perancangan yang betul kalau nak masak ni ini diperolehi dari tukang masak bagi majlis kenduri kahwin.. Resepi Ayam Masak Kicap Pedas daripada Chef Adam Mohon share ye resepi terhebat ini sebab ianya memang sedap dan

Sebelum masuk bab resepi, jom kita cerita cerita dulu. Sejak kecil saya sangat adore melihat gadis gadis dan wanita yang cantik. Saya dah ada beauty conscious seawal saya di darjah 6 lagi. Saya melihat ramai rakan rakan sekolah yang putih melepak dan cantik cantik. Ianya menyebabkan saya sentiasa merasa rendah diri bila melihat kawan kawan yang menpunyai kulit muka yang gebu dan halus mulus. Sedang kulit muka saya menpunyai freckles atau dipanggil sebagai jeragat. Ketika di tingkatan satu saya pernah membuat pembelian online ubat untuk jeragat berdasarkan iklan di majalah. Banyak lagi kekurangan fizikal diri yang saya amat sedari. Sehingga kini, saya terpegun bila melihat ramai anak anak gadis yang cantik cantik. Bukan sahaja berwajah cantik tetapi juga tubuh badan yang langsing dan ramping. Dalam hati sentiasa berkata betapa beruntungnya mereka, tanpa perlu menjaga muka pun, sebiji jerawat pun tidak singgah. Hahaha cukuplah setakat ini dahulu. Sekarang kita pindah pula ke bab masakan. Bila musim perayaan, Rendang samada daging atau ayam adalah antara menu yang wajib ada di rumah rumah dan juga majlis rumah terbuka. Rasa tak lengkap tanpa rendang yang dicicah dengan ketupat atau rendang. Sebelum ini viral di facebook pasal rendang saya yang dinamakan rendang Perak kerana kononnya tak sama dengan resepi nenek moyang mereka di Perak. Memasak adalah satu perkara seni. Kita perlu memasak dari hati dengan penuh kasih sayang. Baru lah apa yang dimasak akan menjadi sedap. Memasak juga perlukan kreativiti terutama mereka yang tidak menpunyai banyak masa. Saya hanya memasak selepas balik pejabat atau hanya pada hari minggu. Jadi saya banyak memasak mengikut gerak hati bagi menjimatkan masa di dapur tanpa kompromi dari segi keenakannya. Memang rendang asli tidak ditumis tapi tak salah jika saya mahu menumis. Kerana dengan menumis rendang menjadi tahan lama dan masa memasak juga dijimatkan. Begitu juga, tidak salah untuk membuat perubahan yang menghasilkan lauk pauk yang lebih sedap seperti ayam dimasukkan selepas bahan tumis garing dan dikecutkan dulu atau ayam dicelur supaya rendang tahan lebih lama. Resepi saya belajar dari keluarga mertua, bahan dihiris dan ada yang dikisar kemudian dimasukkan semua sekali ke dalam kuali dan dimasak dengan api sederhana. Tapi saya perhatikan, bila petang rendang dah mula lain. Ayam pun hancur sebab kesan dikacau. Jadi bagi mereka yang setia dengan rendang asli nenek moyang, jangan nak mengecam orang yang membuat perubahan. Anda sendiri tak memerah santan kelapa. Tapi mungkin membeli santan siap diperah yang mungkin bercampur tepung atau hanya menggunakan santan kotak sahaja. Itu pun kiranya dah tak lagi asli. Saya wanita berkerjaya, masa saya terhad. Saya tidak boleh terlalu lama di dapur kerana saya perlu masa untuk keluarga dan masa untuk diri sendiri samada untuk mengaji, membaca buku dsb. Begitu juga cara asli membuat kerisik ialah dengan menggoreng kelapa parut tanpa minyak. Kalau guna kerisik segera, itu dah tak asli. Zaman nenek moyang tak ada kerisik segera kan. Tapi dari menghabiskan masa 30 minit menggoreng kelapa, kita boleh bakar kelapa parut di dalam oven sahaja. Atau jika tak ada masa, guna jer kerisik segera. Hari ini saya ingin kongsikan resepi yang saya telah memasak berkali kali, boleh klik di SINI. Kali ini saya lebihkan bawang yang dihiris kerana mahukan ayam yang banyak serdaknya supaya sedap dicicah dengan pulut kuning atau lemang. Saya juga sukakan rasa daun kunyit yang ditabur sebelum rendang diangkat dari dapur. Sedikit boleh dimasukkan ketika rendang dimasak dan sebahagian lagi dihiris halus dan tabur selepas rendang siap dimasak. Jom layan resepi rendang ayam yang mudah dan sedap ini. Kalau ikut resepi ini, sesiapa pun boleh memasak rendang dengan sedap. Jika suka berkuah, jangan terlalu dikeringkan. Memang sedap sehingga saya makan mengulang berkali kali. Untuk resepi pulut kuning, boleh klik di SINI. Rendang Ayam Mudah dan Sedap 1 ½ ekor ayam - potong 12 2 kotak santan kotak - saiz kecil 2 sudu besar kerisik - buat sendiri 1 sudu besar garam atau secukup rasa 1-2 keping asam keping - bergantung saiz Serbuk perasa Bahan hiris 10 - 12 ulas bawang merah 2 helai daun kunyit - 1 helai dihiris halus 2 senduk cili kering kisar - boleh tambah ikut pedas disukai 4 tangkai cili padi, jika suka pedas - opsyenal 2 - 2 1/2 biji bawang besar Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris sehingga kekuningan, masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru dimasukkan santan dan air secukupnya. Terus masak dengan api kecil sehingga ayam masak, kuah pekat dan pecah minyak. Masukkan garam, gula, gula Melaka dan asam keping serta daun kunyit. Setelah pecah minyak, baru dimasukkan kerisik dan sedikit serbuk perasa. Akhir sekali, tabur daun kunyit yang dihiris halus dan bolehlah ditutup api. Nota Cara mudah buat kerisik ialah dengan membakar di dalam oven dan dikacau kacau setiap 5 minit supaya ianya kuning dan garing rata. Jika suka, boleh juga dihiris halus halia dan separuh dari serai. Ini adalah cara arwah Bonda mertua saya.

Memangtidak pernah jemu untuk dinikmati Resepi rendang ayam kampung paling sedap Masak perlahan hingga bumbu mengental dan daging ayam empuk Senang untuk masak masa raya nanti kalau Print Resepi Sedap dan Mudah Azie Kitchen Ayam Ungkep Healthy Chicken Recipes Kitchen Recipes Cooking Rendang ini lebih sedap dikacau lama lama dengan api zSlfc0. 11 7 446 410 117 372 233 193 449

resepi rendang ayam sedap azie kitchen